𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 & 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐔𝐌 𝐤𝐞 𝐏𝐊𝐁

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 14 Oktober 2025, Selasa: – Permodalan Kedah Berhad (PKB) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Halim bersama delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Bilik Mesyuarat Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi PKB bagi sesi kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Mohd Azad bin Jasmi, turut disertai oleh Cik Nor Shada binti Md Dahlal dan Encik Mohd Syazmi Aiman bin Abd. Razak.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan strategik antara PKB dan UUM, khususnya dalam usaha memperluas kerjasama berteraskan pembangunan korporat, penyelidikan serta pembangunan modal insan di negeri Kedah.

Sesi pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam pelbagai inisiatif yang menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri.

PKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama pada masa hadapan.