𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐒𝐩𝐚𝐭𝐢𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 09 Disember 2024, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MySpatial Sdn Bhd. 

 

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Penolong Pengurus En Hamiz Redzuan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MySpatial Sdn Bhd dalam kepakaran perusahaan teknologi yang berfokus pada solusi berbasis geospatial dan data lokasi yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.