𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐞𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 24 November 2024,  Ahad: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Uni Wall Properties Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Uni Wall Properties Sdn Bhd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif.