𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 20 Ogos 2024, Selasa: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Haji. Yusof bin Mat Nasir dan disaksikan oleh Penasihat.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad untuk membangunkan sektor perumahan di Negeri Kedah.