𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐧𝐨 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐝𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝

Alor Setar – 29 September 2025, Isnin: Bertempat di Bilik Mesyuarat Permodalan Kedah Berhad (PKB), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB, Encik Mohd Azad bin Jasmi bersama Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, serta Penolong Pengurus Operasi, Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak telah menerima kunjungan hormat daripada Nano Malaysia Berhad.

Delegasi Nano Malaysia Berhad telah disambut mesra oleh pihak PKB. Kunjungan ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan teknologi nano dan inovasi berimpak tinggi di Negeri Kedah.

Usaha ini selari dengan peranan PKB sebagai anak syarikat di bawah Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dalam menyokong aspirasi negeri untuk memperkukuh ekosistem teknologi dan inovasi serta menarik pelaburan bernilai tambah tinggi ke Kedah.

PKB komited untuk terus berganding bahu bersama rakan strategik seperti Nano Malaysia Berhad bagi merealisasikan penyelesaian inovatif dan mampan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan ekonomi Negeri Kedah.

What do you think?
Insights

More Related Articles

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐋𝐏𝐏) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

𝐏𝐊𝐁 & 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐞𝐫𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐇𝐏𝐓𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 & 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐔𝐌 𝐤𝐞 𝐏𝐊𝐁