𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐊𝐌 𝐤𝐞 𝐏𝐊𝐁

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 19 September 2024, Khamis: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Kota Setar.

Lawatan ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Daerah Kota Setar untuk jangka masa yang panjang.