𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐊𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐁𝐒 𝐓𝐚𝐬𝐛𝐥𝐨𝐜𝐤

Permodalan Kedah Berhad

Selangor – 8 Ogos 2024, Khamis: Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Lawatan ke Kilang IBS Tasblock.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas pembuatan dan pemasangan di tapak nanti bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah dilaksanakan dengan terperinci.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian kilang untuk melihat teknik pembinaan di mana komponen dihasilkan dalam persekitaran terkawal – sama ada di tapak atau di luar tapak – diletakkan dan dipasang ke dalam kerja pembinaan.

Moga dengan kunjungan tapak ke Kilang IBS Tasblock sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembangunan projek perumahan yang akan dijalankan kelak di negeri Kedah.