𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐊𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐢𝐠𝐡𝐭𝐖𝐞𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐒𝐭𝐞𝐞𝐥 (𝐈𝐁𝐒)

Permodalan Kedah Berhad

Johor – 07 Ogos 2024, Rabu: Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Kilang Pembuatan dan Pengeluaran LightWeight Steel (IBS) Framecad.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas pembuatan dan pemasangan di tapak nanti bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah dilaksanakan dengan terperinci.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian kilang dan contoh LightWeight Steel (IBS) Framecad yang telah siap dipasang.

Moga dengan kunjungan tapak ke Kilang Pembuatan dan Pengeluaran LightWeight Steel (IBS) Framecad sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembangunan projek perumahan yang akan dijalankan kelak di negeri Kedah.