𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐠𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐏𝐥𝐲𝐰𝐨𝐨𝐝 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 22 Julai 2024, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Besgrade Plywood Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Besgrade Plywood Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Projek Mr Tan Chor Eng.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Besgrade Plywood Sdn Bhd untuk membangunkan sektor hartanah di Negeri Kedah.