𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐊𝐁 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐗𝐏 𝐀𝐢𝐫𝐩𝐨𝐫𝐭𝐜𝐢𝐭𝐲 𝐇𝐨𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 04 September 2024, Rabu: Bertempat di Hotel Jerai, Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd telah disantuni oleh Pengurusan PKB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Mesyuarat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak dan pembangunan negeri Kedah.

Moga mesyuarat ini memberi sedikit perkongsian ilmu serta mengekalkan kelangsungan hubungan baik antara PKB dan KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd untuk jangka masa yang panjang.