𝐏𝐊𝐁 & 𝐀𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐨𝐫𝐭𝐢𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐒𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐇𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢

Permodalan Kedah Berhad

Langkawi – 1 Oktober 2025, Rabu: Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama Aman Setia Konsortium hari ini melaksanakan lawatan tapak bersama Jabatan Alam Sekitar bagi projek tambak laut di Kelibang, Langkawi.

Hadir mewakili PKB ialah Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan PKB, dan En. Hamiz bin Redzuan, Penolong Pengurus PKB. Kehadiran mereka di lokasi menunjukkan kesungguhan PKB untuk memantau secara dekat pelaksanaan projek dan memastikan ia mematuhi piawaian kelestarian alam sekitar.

Lawatan ini menjadi simbol kepada komitmen PKB dalam memastikan setiap projek pembangunan bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menyokong pemeliharaan alam semula jadi. Melalui kerjasama erat dengan Aman Setia Konsortium, PKB terus mengorak langkah menerajui pembangunan maritim berimpak tinggi yang mampu menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Langkawi dan negeri Kedah secara keseluruhan.