𝐏𝐊𝐁 & 𝐎𝐜𝐞𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐜𝐡 𝐑𝐞𝐬𝐨𝐮𝐫𝐜𝐞𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐎𝐔 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐤𝐮𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐮𝐫 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

Kuala Lumpur – 9 September 2025, Khamis: Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan strategik Negeri Kedah apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai bersama Ocean Rich Resources Sdn. Bhd. pada majlis yang berlangsung di Hotel Impiana, Kuala Lumpur. Majlis berkenaan menyaksikan pemeteraian MoU oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB, En. Mohd Azad bin Jasmi, yang turut diiringi oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, dan En. Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi. Sementara itu, Ocean Rich Resources Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, En. Muhammad Edris Qayyum bin Abdul Rahman.

Majlis ini menandakan komitmen kedua-dua pihak untuk menjalin kerjasama strategik dalam memperkukuh sektor akuakultur negeri Kedah secara mampan, khususnya melalui pembangunan dan pengkomersialan industri tiram berskala besar dengan matlamat menjadikan Kedah sebagai Pusat Industri Tiram Malaysia.

Objektif utama MoU ini adalah untuk mewujudkan platform kolaborasi yang memberi manfaat bersama melalui perkongsian kepakaran, sumber dan pengalaman antara PKB dan Ocean Rich Resources. Kerjasama ini dijangka memperkukuh potensi ekonomi negeri dalam sektor akuakultur, meningkatkan peluang pelaburan serta memperluas pasaran hasil laut tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Melalui persefahaman ini, PKB dan Ocean Rich Resources sepakat untuk meneroka peluang pelaburan baharu, memperkukuh rantaian nilai industri, serta memacu pertumbuhan sektor akuakultur yang selaras dengan dasar pembangunan hijau negeri Kedah. Inisiatif ini turut disasarkan untuk memberi impak positif kepada pembangunan komuniti setempat melalui peningkatan aktiviti ekonomi pesisir dan pewujudan peluang pekerjaan baharu.

Penandatanganan MoU ini mencerminkan usaha berterusan PKB dalam membina sinergi strategik bersama sektor swasta bagi memperkukuh daya saing ekonomi negeri. PKB kekal komited dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman.

What do you think?
Insights

More Related Articles

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐋𝐏𝐏) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

𝐏𝐊𝐁 & 𝐏𝐊𝐁 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐞𝐫𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐇𝐏𝐓𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐥𝐢𝐦 & 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐔𝐌 𝐤𝐞 𝐏𝐊𝐁