𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐈𝐁𝐆 𝐒𝐌𝐀 𝐇𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐊𝐁

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 27 Jun 2024, Khamis: Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Bin Jasmi telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah kali ke -18 tahun 2024 bertempat di Dewan Semarak Ilmu pada Khamis yang lalu.

Majlis yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 12.00 tengah hari itu menerima kira-kira melebihi 100 orang tetamu yang rata-rata terdiri daripada ibu bapa para pelajar Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah tersebut.

Semoga segala usul yang dibangkitkan, segala keputusan dan perancangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kemajuan dan kesejahteraan sekolah serta anak-anak pelajar Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah.