𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

Permodalan Kedah Berhad

Melaka – 07 Ogos 2024, Rabu: Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas reka bentuk hibrid yang inovatif yang menggabungkan dengan lancar susun atur vila yang mewah dengan kepraktisan kediaman pangsapuri, menawarkan perumahan mampu milik berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan masyarakat yang pelbagai.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa melawat ke Taman Nuri Sentosa, yang merupakan Tapak Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak.

Moga dengan kunjungan tapak ke Projek Perumahan yang Tersenarai Sebagai Pemenang Perak sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembangunan projek perumahan yang akan dijalankan kelak di negeri Kedah.