𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐀𝐁𝐄𝐇

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 19 Jun 2024, Rabu: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan KAB Energy Holdings Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala KAB Energy Holdings Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah, Datuk Wira Mubarak Hussain.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama KAB Energy Holdings Sdn Bhd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas.