PKB-Capital Sdn Bhd

Subsidiari Permodalan Kedah Berhad

Pengenalan

PKB-Capital Sdn Bhd (PKB-C) merupakan anak syarikat dalam Kumpulan Permodalan Kedah Berhad yang telah menceburi bidang baharu. Kegiatan utama PKB-C adalah menjalankan aktiviti perkhidmatan pendobian, dan pengiklanan. Aktiviti perniagaan PKB-C dijalankan oleh dua kumpulan pengurusan: Capital Laundry, dan Capital Digital.

Maklumat Syarikat

Tarikh Diperbadankan

5 Mac 1996

Modal Berbayar

RM 500,000

Modal Dibenarkan

RM 500,000

Pemegang Saham

100% milik Permodalan Kedah Berhad

Jenis Perniagaan

-Pengurusan Aset & Projek
-Pengiklanan
-Dobi

Capital Laundry

  • Diwujudkan pada 15 Jun 2016 dan beroperasi di Lot 1-4, Jalan Bunga Raya 1, Langkawi Mall Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
  • Memberi perkhidmatan pendobian yang terbaik dengan menyediakan mesin dan peralatan dobi yang terkini serta mengenakan caj yang berpatutan
  • Mempunyai kumpulan pengurusan bidang pendobian yang berpengalaman melebihi 10 tahun
  • Mempunyai kapasiti melebihi 3 tan dalam satu shif operasi
  • Capital Laundry dengan slogannya “Dobi Untuk Semua” (“Laundry for All”) menyedia dan memberi perkhidmatan pendobian kepada SEMUA pelanggan.

Capital Digital

  • Diwujudkan pada 1 Julai 2016 dan beroperasi di Lot 1, Jalan Bunga Raya 1, Langkawi Mall, Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
  • Menyediakan khidmat pengiklanan di Langkawi melalui skrin paparan LED bersebelahan Hotel ADYA, Pekan Kuah Langkawi dengan menawarkan pakej dan caj yang kompetitif
  • Berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha persendirian dalam mengembangkan perniagaan masing-masing
  • Mempunyai kumpulan pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang multimedia dan mampu memberi perkhidmatan pengiklanan yang terbaik setanding perkhidmatan pengiklanan yang lain
  • Dengan slogan “Rakan Pengiklanan Anda” (“Your Advertising Partner”), Capital Digital membantu pelanggan dengan pendekatan mesra dan berkualiti

Hubungi Capital Laundry

1-4, Jalan Bunga Raya 1 Langkawi Mall Kuah Langkawi Kedah Darul Aman 05000 Malaysia

+604 961 1151
+604 961 1152

+604 961 1153

Hubungi Capital Digital

1, Jalan Bunga Raya 1 Langkawi Mall Kuah Langkawi Kedah Darul Aman 05000 Malaysia

+604 961 1151
+604 961 1152

+604 961 1153

Form