𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 24 Oktober 2024, Khamis: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MediConsult Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan MediConsult Sdn Bhd diwakili oleh Pengetua Kanan – Pembangunan Industri Kesihatan & ICT Hj. Kalamhamidi Abu Bakar.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MediConsult Sdn Bhd dalam kepakaran pelbagai sektor pembinaan dan infrastruktur kesihatan ke arah merealisasikan dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.