𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐂𝐡𝐚𝐳 𝐑𝐞𝐟𝐢𝐧𝐞𝐫𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐜𝐡𝐞𝐦𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Kuala Lumpur – 26 September, 2024 Khamis: Satu pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) telah termeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Chaz Refinery and Petrochemical Sdn Bhd bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan memupuk kerjasama dalam penyelesaian tenaga dan inisiatif pembangunan lestari serta memberi memberi impak berpanjangan kepada alam sekitar dan ekonomi Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Chaz Delivering Energy Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj Mohamad Zunaidi Kadir.

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah ini ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh dalam usaha untuk memacu amalan tenaga lestari yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua dua organisasi tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan seluruh masyarakat di Kedah.