𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 20 Ogos 2024, Selasa: Bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK telah termeterai satu perjanjian usahasama antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Teguh Harian Group.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Teguh Harian Group diwakili Mr Peh Yueh Han Pengarah Urusan dan disaksikan oleh Mr Law Hoo Chew Pengurus Perancangan dan Pembangunan Hartanah.

Moga ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Teguh Harian Group dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perumahan mampu milik untuk rakyat negeri Kedah.