𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁, 𝐊𝐈𝐀𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝

Permodalan Kedah Berhad

Alor Setar – 04 Julai 2024, Khamis: Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kedah Islamic Asset Management (KIAM) dan Precious Amber International Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB dan KIAM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Precious Amber International Berhad diwakili oleh Puan Hajjah Nur Arina Azreen Binti Haji Abdul Basher.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB dan KIAM bersama Precious Amber International Berhad sebagai pemacu dalam bidang fund-of-funds dan penempatan pendapatan berstruktur.